Bulan dan matahari…
Julai 11, 2009 at 12:08 pm | In Coretanku... | 6 CommentsTags: bulan, corentanku, matahari, sebaliktabir
aku duduk duduk…
merenung…
aku berbicara pada bulan…
bulan kata aku ketinggalan..
perlu sedikit berlari dan jangan terlalu perlahan…
bulan kata lagi jangan asyik merenung pada hari semalam..
aku diam;
aku duduk duduk…
terasa bahang…
aku berbicara sama matahari…
matahari ingatkan aku, aku ada hari ini…
aku perlu lihat untuk esok bukan menanti tanpa pasti…
matahari bilang pada aku;
kalaupun ada lebih sepuluh hari selepas aku renung bulan, sepuluh itu belum tentu…
aku akur pada ketentuan…
biar bulan tak sama dengan matahari…
keduanya saling berkaitan…
hanya aku perlu terus kehadapan.
6 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
perlu terus kehadapan..
tak hanya kau, aku juga..
Komen oleh nakjaDimande — Julai 11, 2009 #
ya perlu terus kehadapan..sambil tu lihat-lihat sejarah sebagai panduan…
Komen oleh sebaliktabir — Julai 13, 2009 #
Jauh renunganmu. Terus ke hadapan, kawan.
Komen oleh Indrasakty — Julai 11, 2009 #
renunganku selalunya kehadapan kawan,
hanya keterbatasan “sesuatu” membuatkan ia kadang perlahan…
Komen oleh sebaliktabir — Julai 13, 2009 #
bahasa puisi yg indah.. ehehe, salammm
Komen oleh en_me — Julai 13, 2009 #
tak seindah bahasa salammu…hehehe
Komen oleh sebaliktabir — Julai 13, 2009 #